| Bual Kata Kamu ]

Menyampah. Sungguh menyampah. Bendalir melekit mengalir turun dari rongga hidung pantas disedutnya. Argh! Selesema yang merimaskan. Dan dia hairan kenapa rakan-rakan di sekeliling seakan-akan menjauhinya.


"Apa fasal kau orang semua macam tak nak kawan dengan aku aja?" tanya dirinya kehairanan.

"Kau tak tahu?" jawab Mr. A

"Kenapa? Aku ada buat salah ke? Aku terberak dalam seluar ke?"

Suasana sepi seketika.

"Kita orang malas nak samak." Mr.A menjawab selamba.

"Samak?" Berkerut mukanya tidak faham.

"Mana tahu kau mengidap selesema babi ke apa." Mr.A berlalu pergi.

"Babi kau orang!"


Seterusnya...
| Bual Kata Kamu ]

Kerja bertimbun diperhatikan dari kaca mata yang lesu, kepenatan. Disandarkan belakang tubuh rapat pada kulit kerusi kerja. Kepala mendongak. Mata dipejam, paksa. Otak bingit. Banyak benda yang perlu diselesaikan. Tangan meraba mencari sesuatu.


Ah, punya sms rupanya. Dibuka dan ditenungi sms yang diterima.

"Manusia yang bijak adalah manusia yang sentiasa mengingati mati."

Mata tetap terpaku pada sms, cuba memahami. Ah, dunia!

Rentetan peristiwa lalu mula bermain di kotak fikiran, silih berganti. Sebal bukan kepalang tatkala dinisbahkan pada umur yang masih berbaki, tidaklah berbaloi gamaknya.

Lalu dicongak neraka mana bakal didiami.


Seterusnya...
| Bual Kata Kamu ]

Malam yang hangat. Bunyian kipas kecil memecahkan keheningan. Ruang kamar terisi dua manusia, asyik pada kerja sendiri.

"Argh, bosan!"


Jari jemari pantas menekan butang Bookmark. Klik Youtube. Perkataan 'geletek' diisikan pada ruang carian.


Dua manusia kini menjadi tiga. Leka menonton. Leka bergelak tawa. Leka pada kerja yang sepatutnya disiapkan.

Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Seorang manusia menjerit bagai nak gila sehingga keluar kamar. Seorang lagi ketakutan menyelubungi dirinya dengan kain selimut. Hingga tiada satu inci pun ruang tubuhnya tanpa pelukan kain selimut. Dan seorang lagi, mencari akal.

"Syuh!!! Syuh!!!"

Tiada respon balas. Dasar penceroboh! Getus hatinya.

Maka terus dia menjadi persis askar, merangkak menuju pintu. Dan berjaya! Lega kerna terselamat dari medan pertempuran. Kini, masih tinggal seorang, manusia berkelubung selimut dalam keadaan bahaya. Mangsa kedengaran menjerit takut ala-ala perempuan sedang diacah rogol oleh sekumpulan kutu berahak. Ini petanda bahaya.

2 manusia kini menjadi 4. Sama-sama mengintip di sebalik celahan pintu, memerhati lalitud dan longitud penceroboh. Penceroboh diketahui di mana. Kata-kata semangat diberikan kepada mangsa yang masih dalam keadaan bahaya.

"Hiarkhh!!!"

Bagaikan dirasuk syaitan, manusia berkelubung selimut berjaya meloloskan diri. Penceroboh mengamuk! Menguasai kamar. Bermaharajalela. Memberikan isyarat dia lebih berkuasa.

Kini berlima mencari akal. Merancang strategi untuk mengusir penceroboh. Laksana rakyat Palestin yang cuba mengusir Israel keluar dari tanah mereka.

"Kita buat cara aman. Nah!" Sebotol semburan pewangi dihulurkan.

"Tak boleh lah." Ternyata usiran sebegitu gagal. Kejam sungguh si penceroboh. Tidak diketahui apa kehendaknya. Sukar sekali.

"Kematian adalah penyudahnya!"

Semua mata terpaku. Lelaki keding tidak berbaju berseluar pendek melangkah gagah. Dengan penyapu usang sebagai senjata.

Mata-mata memerhati. Dalam diam mendoakan kejayaannya. Semoga berjaya.

"Yennadey!!!" teriak laskar penyelamat lantang.

Kedebuk!!! Kedebam!!! Dush!!! Dush!!!

Bunyi senjata berdesing.

Tidak diketahui apa yang berlaku di dalam kamar. Pintu tertutup rapi. Hanya bunyian kedengaran. Dan tiba-tiba sepi. Terdetik kegusaran mengenangkan nasib pejuang tadi. Sudah matikah?

Dan akhirnya, pintu kamar terbuka. Gelaran hero dinobatkan. Melangkah gagah dengan senyuman kemenangan jelas terukir.

Jasad penceroboh dikerumuni.



"Pergh, besar gila lebah ni".


Seterusnya...
| Bual Kata Kamu ]

Angin sepoi-sepoi. 


Di langit, awan-awan tiada. Seolah-olah punya pemadam getah gergasi memadamkan segala lukisan awanan di kanvas langit. Sinaran mentari hangat mencapah ke segenap sudut Bumi tsar.

Di dalam bilik. Kosong. 

"Jom" Kamarul.

"Ke mana?" Aku.

"Baca status ym aku" Kamarul.

Berbekalkan bilangan orang yang tak ramai, kami main ragbi sampai semput.

Nota: Ada elok kau orang baca ini.


Seterusnya...
| Bual Kata Kamu ]

Pergh, berhabuk! 

Bersawang sana-sini sudah blog aku. Macam rumah lama yang tak berpenghuni. Nak kata tak ada orang, ada sebenarnya. Kerap kali jugalah aku berkunjung ke blog sendiri. Tapi tulis entrinya tidak. 'Bajet' dengan melawat blog sendiri dengan secara tiba-tiba adalah entri baru ke apa. Cet.

Hari ini hari Isnin. Kelas bermula pada pukul 10 dan sepatutnya habis dalam pukul 4 lebih. Tapi hari ini sampai ke rumah lewat sedikit, punya misi sampingan. Kelas pertama, entah apa la punya nasib kena 'tiau' dengan cikgu. Bingung la juga. Tapi aku duduk je la dalam kelas tu, jadi budak baik. Kenapa la cikgu aku tu Ketua Kafedra. Habis ter'psiko' aku sepanjang kelas sehinggalah awal kelas kedua. Lama jugalah jangka masa aku ter'psiko'.

Kuliah kedua, sepatutnya aku tak payah datang kerana dah peroleh kredit. Tapi memandangkan jarak masa hanyalah 2 jam untuk kelas terakhir, aku hadirkan diri sahaja seperti yang lepas-lepas. Nak balik hostel malas, nak melepak mana-mana pun malas juga. Baik duduk je dalam dewan tu dengar profesor Dr. Ali bagi kuliah. Dapat jugalah ilmu.

Dan masa nak gerak keluar dewan aku di kalangan orang terakhir. Toleh ke belakang, nampak Prof dan pembantu dia. Prof tersenyum memandang aku dan berkata kepada pembantunya, " Saya rasa dia tu seorang pelajar yang sangat bagus." Aku yang masih dalam impak kena psiko hasil kelas pertama tadi, buat-buat endah tak endah. Hanya senyuman mampu aku ukir, takut nanti dia kata aku berlagak ke apa. Tapi serius, terubat jugalah hati aku yang di'psiko' masa kelas pertama.

Kelas ketiga. Pendidikan Jasmani. Haha. Aku suka gila. Walau kedatangan tak penuh sangat, lubang sana-sini, tapi cikgu aku kali ini jenis pemurah. Harap-harap dapatlah kredit. Panas amat dalam dewan sukan tu. Baru lari sikit dah berpeluh. Memandangkan aku baru baik dari sakit, aku rasa kepelikan dengan diri sendiri. Aku dapat merasakan, bila aku tak bergerak, aku rasa badan aku bergerak. Bila aku bergerak, aku rasa macam badan aku dah bergerak lagi ke depan dari pergerakan pada masa tu. Huish, tak reti aku nak terangkan. Tapi memang pelik la. Apa la nak jadi. Sehingga aku yang hanya berpangkat kaki bangku bermain futsal turun darjat kepada kaki bangka. Mungkin kaki ungka, semangka, nangka. Apa-apa sahajalah. Tapi aku peduli apa, pokok pangkalnya aku keluarkan peluh, main macam orang gila selama berapa jam entah, aku pun tak pasti.

Dan balik kelas, aku menyerong pergi kedai gunting rambut. Rimas deh dengan ekor rambut ni. Rambut aku sudah la jenis kerinting kat hujung, rasa geli-geli pun ada. Bila tengok bayang-bayang diri sendiri, bahagian kepala tu macam kepala singa dah nampak. Nekad nekad.

Masa gunting rambut, ades, silap orang la. Dia gunting stail orang perempuan punya rambut. Nak diucapkan apa-apa, nasi dah jadi bubur, rambut dah dipotong, dah terlambat. Aku cakap lain, dia buat lain. Dah la potong stail ganas. Pastu kurang ajar lagi. Ada ke patut lepas potong tu dia biarkan rambut aku dalam keadaan kusut masai, sepatutnya sikat la sedikit, bubuh 'wax' ke apa. Ni tidak, dikatanya aku bayar hanya untuk potong rambut dan bukan untuk sikat. Apa la punya orang tua. Memang nampak gayanya aku tak datang situ lagi lah. Lama jugalah aku betulkan rambut sendiri, dan aku pelik bila aku rasa pelik melihat muka sendiri. Betapa peliknya aku. Tapi, bila sampai ke bilik lain pula ceritanya. Teman sebilik aku kata, "muka budak baik".

Erk, dia nak kata sebelum ni muka aku muka budak jahat ke? Tapi seriuslah, aku rasa muka aku berkadar terus dengan stail rambut. Ubah stail, muka nampak lain. Kadang-kadang boleh bezakan dalam beberapa fasa dalam sehari. Bangun tidur-lain, lepas mandi-lain, beberapa jam lepas mandi-lain. Terkadang, stail rambut punya fasal, habis satu bahasa badan aku beri maksud lain kepada orang. Gila ke apa. Tapi memang ajaib la. Dan misi yang aku sebutkan pada awal entri tadi itu fasal nak gunting rambut lah sebenarnya. Harap-harap dengan stail 'muka budak baik' ini mengundang berjuta-juta lemon kebaikan pada masa mendatang. 

Harap-harap lah. Kalau tak ada tuah juga, memang aku botak terus. Macam baru balik haji. Senang.



Seterusnya...
| 1 balas kata ]

Apa lagi selepas ini?

Insomnia sungguh. Lantaran berjaga semalaman dek melayan mata yang galak membutang, seusai Subuh aku bingung seketika. Mahu dikerjakan apa selepas ini?

Satu demi satu aturan disediakan. Melihat jam dinding, durasi masa masih jauh sebelum kelas pertama. Tambahan jadual hari ini nyata ringan dek kekurangan satu kelas yang dibatalkan - cikgunya gering. Semoga dia kembali sembuh.

Lantaran keazaman yang dipasak, aku memang sengaja menyibukkan diri-biar tiada lopong kosong lagaknya. Kerna tiada siapa yang boleh memikul tanggungjawab menahkodakan diri ini selain pemegang amanahnya. Aku perlu mengingatkan berkali-kali jiwa yang degil ini bahawa satu saat nanti aku wajib menjadi nahkoda buat insan lain. Di mana amanah pada ketika itu jauh lebih besar untuk digalas.

Susun atur kena jelas dan rapi. Biarpun Dia yang menentukan, tapi usaha tidak boleh disisihkan. Kena jitu, telus. Aku perlu teguh dan berombak. Walau punya pasang surut tapi berhenti tidak pernah sama sekali. Dia yang menunjukkan pada alamNya.

Waktu yang kejam-meninggalkan tanpa pedulikan kita. Aku yang selalu bermanja, meminta masa tambahan agar tertunai segala hutang, namun tahukah wahai diri tatkala sampai waktu yang aku tidak punya kuasa meminta agar dipanjangkan lagi.

Moga kapal tidak karam. Aman di perlabuhan.


Seterusnya...
| Bual Kata Kamu ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Selamat Hari Terjadi!



Seterusnya...