| 1 balas kata ]

Apa lagi selepas ini?

Insomnia sungguh. Lantaran berjaga semalaman dek melayan mata yang galak membutang, seusai Subuh aku bingung seketika. Mahu dikerjakan apa selepas ini?

Satu demi satu aturan disediakan. Melihat jam dinding, durasi masa masih jauh sebelum kelas pertama. Tambahan jadual hari ini nyata ringan dek kekurangan satu kelas yang dibatalkan - cikgunya gering. Semoga dia kembali sembuh.

Lantaran keazaman yang dipasak, aku memang sengaja menyibukkan diri-biar tiada lopong kosong lagaknya. Kerna tiada siapa yang boleh memikul tanggungjawab menahkodakan diri ini selain pemegang amanahnya. Aku perlu mengingatkan berkali-kali jiwa yang degil ini bahawa satu saat nanti aku wajib menjadi nahkoda buat insan lain. Di mana amanah pada ketika itu jauh lebih besar untuk digalas.

Susun atur kena jelas dan rapi. Biarpun Dia yang menentukan, tapi usaha tidak boleh disisihkan. Kena jitu, telus. Aku perlu teguh dan berombak. Walau punya pasang surut tapi berhenti tidak pernah sama sekali. Dia yang menunjukkan pada alamNya.

Waktu yang kejam-meninggalkan tanpa pedulikan kita. Aku yang selalu bermanja, meminta masa tambahan agar tertunai segala hutang, namun tahukah wahai diri tatkala sampai waktu yang aku tidak punya kuasa meminta agar dipanjangkan lagi.

Moga kapal tidak karam. Aman di perlabuhan.