| Bual Kata Kamu ]

Pergh, berhabuk! 

Bersawang sana-sini sudah blog aku. Macam rumah lama yang tak berpenghuni. Nak kata tak ada orang, ada sebenarnya. Kerap kali jugalah aku berkunjung ke blog sendiri. Tapi tulis entrinya tidak. 'Bajet' dengan melawat blog sendiri dengan secara tiba-tiba adalah entri baru ke apa. Cet.

Hari ini hari Isnin. Kelas bermula pada pukul 10 dan sepatutnya habis dalam pukul 4 lebih. Tapi hari ini sampai ke rumah lewat sedikit, punya misi sampingan. Kelas pertama, entah apa la punya nasib kena 'tiau' dengan cikgu. Bingung la juga. Tapi aku duduk je la dalam kelas tu, jadi budak baik. Kenapa la cikgu aku tu Ketua Kafedra. Habis ter'psiko' aku sepanjang kelas sehinggalah awal kelas kedua. Lama jugalah jangka masa aku ter'psiko'.

Kuliah kedua, sepatutnya aku tak payah datang kerana dah peroleh kredit. Tapi memandangkan jarak masa hanyalah 2 jam untuk kelas terakhir, aku hadirkan diri sahaja seperti yang lepas-lepas. Nak balik hostel malas, nak melepak mana-mana pun malas juga. Baik duduk je dalam dewan tu dengar profesor Dr. Ali bagi kuliah. Dapat jugalah ilmu.

Dan masa nak gerak keluar dewan aku di kalangan orang terakhir. Toleh ke belakang, nampak Prof dan pembantu dia. Prof tersenyum memandang aku dan berkata kepada pembantunya, " Saya rasa dia tu seorang pelajar yang sangat bagus." Aku yang masih dalam impak kena psiko hasil kelas pertama tadi, buat-buat endah tak endah. Hanya senyuman mampu aku ukir, takut nanti dia kata aku berlagak ke apa. Tapi serius, terubat jugalah hati aku yang di'psiko' masa kelas pertama.

Kelas ketiga. Pendidikan Jasmani. Haha. Aku suka gila. Walau kedatangan tak penuh sangat, lubang sana-sini, tapi cikgu aku kali ini jenis pemurah. Harap-harap dapatlah kredit. Panas amat dalam dewan sukan tu. Baru lari sikit dah berpeluh. Memandangkan aku baru baik dari sakit, aku rasa kepelikan dengan diri sendiri. Aku dapat merasakan, bila aku tak bergerak, aku rasa badan aku bergerak. Bila aku bergerak, aku rasa macam badan aku dah bergerak lagi ke depan dari pergerakan pada masa tu. Huish, tak reti aku nak terangkan. Tapi memang pelik la. Apa la nak jadi. Sehingga aku yang hanya berpangkat kaki bangku bermain futsal turun darjat kepada kaki bangka. Mungkin kaki ungka, semangka, nangka. Apa-apa sahajalah. Tapi aku peduli apa, pokok pangkalnya aku keluarkan peluh, main macam orang gila selama berapa jam entah, aku pun tak pasti.

Dan balik kelas, aku menyerong pergi kedai gunting rambut. Rimas deh dengan ekor rambut ni. Rambut aku sudah la jenis kerinting kat hujung, rasa geli-geli pun ada. Bila tengok bayang-bayang diri sendiri, bahagian kepala tu macam kepala singa dah nampak. Nekad nekad.

Masa gunting rambut, ades, silap orang la. Dia gunting stail orang perempuan punya rambut. Nak diucapkan apa-apa, nasi dah jadi bubur, rambut dah dipotong, dah terlambat. Aku cakap lain, dia buat lain. Dah la potong stail ganas. Pastu kurang ajar lagi. Ada ke patut lepas potong tu dia biarkan rambut aku dalam keadaan kusut masai, sepatutnya sikat la sedikit, bubuh 'wax' ke apa. Ni tidak, dikatanya aku bayar hanya untuk potong rambut dan bukan untuk sikat. Apa la punya orang tua. Memang nampak gayanya aku tak datang situ lagi lah. Lama jugalah aku betulkan rambut sendiri, dan aku pelik bila aku rasa pelik melihat muka sendiri. Betapa peliknya aku. Tapi, bila sampai ke bilik lain pula ceritanya. Teman sebilik aku kata, "muka budak baik".

Erk, dia nak kata sebelum ni muka aku muka budak jahat ke? Tapi seriuslah, aku rasa muka aku berkadar terus dengan stail rambut. Ubah stail, muka nampak lain. Kadang-kadang boleh bezakan dalam beberapa fasa dalam sehari. Bangun tidur-lain, lepas mandi-lain, beberapa jam lepas mandi-lain. Terkadang, stail rambut punya fasal, habis satu bahasa badan aku beri maksud lain kepada orang. Gila ke apa. Tapi memang ajaib la. Dan misi yang aku sebutkan pada awal entri tadi itu fasal nak gunting rambut lah sebenarnya. Harap-harap dengan stail 'muka budak baik' ini mengundang berjuta-juta lemon kebaikan pada masa mendatang. 

Harap-harap lah. Kalau tak ada tuah juga, memang aku botak terus. Macam baru balik haji. Senang.